Sunday, 29 June 2014

1 RAMADHAN DI TAHUN 2014

As-Salam...

First aku nak ucapkan selamat berpuasa bagi semua umat islam. Alhamdulillah tahun ni dapat lagi sekali berjumpa dengan Ramadhan. Tahun ke-2 untuk aku berpuasa tanpa mak di sisi. Alhamdulillah tahun ni perasaan semakin ok. Even mak dah takde tapi abah and adik bradik laen sentiasa bersama-sama and aku rase macam mak sentiasa ade bersama gak.

Hari pertama puasa, aku dikejutkan dengan berita pemergian pakcikku, We. Subuh-subuh sepupu call bagitau yang We dah meninggal. Tak sangka die yang pergi dulu. Kalo diikutkan makcik aku merangkap isteri arwah yang sakit teruk. Lumpuh separuh badan and tak boleh bercakap dah. Tapi ajal maut semua di tangan Allah. Tak semestinya yang sakit terlentang akan mati dulu and tak semestinya yang sihat cergas takkan mati dulu. Semoga roh We tenang and aman di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiin...


Yang baju biru tu pakcik aku, Alang. Tinggal la Alang and Maknyah je. Dua-dua ni pakcik and makcik yang paling aku sayang.

Alhamdulillah puasa pertama semalam Allah permudahkan. Tak la rase penat sangat. Moga hari-hari seterusnya pun mohon Allah permudahkan. Aamiin. 

Semalam berbuka dengan Acu and Aicik and juadah berbuka beli je kat bazar sebab tak sempat nak masak. Sampai rumah dari kampung dah pukul 4 petang. Barang basah memang takde kat rumah. So no choice.

Ok la. Selamat berpuasa.

Monday, 16 June 2014

TUESDAY SELASA

As-Salam...

Lame tak jumpe. Takde ape nak update sebenarnya. Eh ade la. Cite pasal last week punye program dengan geng-geng mak jemah. Tapi tu nanti la cite. Ni nak panaskan enjin dulu sebab lame tak up ape2 entry.

Hari ni pakai tudung baru. Comel tak kite.hahaha.. Sah menyampah je dengar. Pakai tudung baru bukan ape. Sebab aritu dah cuti lame so mood nak keje ke laut. Tu yang pakai tudung baru konon nak bagi mood keje datang la konon. Padahal same je.


Semalam gi tesco beli barang kedai. Sempat la mencari strawberi. Dah lame dah cari strawberi tapi aritu bole abis kat tesco. Nak cari jauh-jauh memang malas. Arini bawak strawberi yang beli semalam trus wat strawberi shake. Curlasss ko jah pagi-pagi minum strawberi shake. Konon jaga kesihatan. Padahal semalam dah bedal KFC and Pizza kat rumah nyah.hahahaha...


Arini Cho kene gi Guangzhou atas urusan keje. Last minit dapat arahannye. So Cho tak dapat join makan-makan family minggu ni. Sedeh sangat. Ape-ape Ema doakan semoga Cho selamat pergi and selamat balik. Aamiin.


Itu je update untuk mase ni. Nanti aku update cite pasal gathering dengan geng-geng Uniten last week.

Sunday, 1 June 2014

ULANGTAHUN ABAH KE-70

As-Salam...

Semalam 01/06/2014 genap umur abah 70 tahun. Kami anak-anak tak buat ape-ape pun disebabkan sebok di kedai and knuri kawin. Mungkin later akan buat makan-makan. Lagi pun Acu ke Negeri Sembilan hantar anak sdare Kak As masuk U. Cho plak anak sdare Kakcho kawin. So masing-masing sebok. Bukan la kami anak-anak mementingkan orang laen dari abah sniri. Tapi lagi sronok bile sume ade. Sume ade je wish birthday kat abah. Mane yang jauh ade kol. Ingatan tu lagi penting kan.

Tapi aku ade je niat nak bawak abah gi makan. So tanye la abah die tringin nak makan ape memandangkan abah dah kurang berselera skang ni. Die request nak makan KFC. So ok la. Aku ajak Yop gi skali sebab mulanya Yop pun ade kol bagitau nak belikan tok nya KFC. Alang-alang die nak beli KFC gak baek la same-same gi makan kat sane. Tapi elok tengah bersiap nak pegi si Syukri datang bawak KFC untuk tok nya. Ya Allah aku rase cam terharu sebab sume cucu-cucu abah ingat birthday abah and masing-masing ade effort nak buat abah happy.

Last-last kitorang decide gi makan tomyam kat Anitas same-same.




Simple je celebrate birthday abah. Harap abah happy. Aku sniri bangga ade anak-anak buah yang sayang kat tok dorang and kenang jasa tok yang besarkan dorang.

Abah ema doakan Allah bagi abah kesihatan yang baek dan murahkan rezeki abah. Semoga abah bahagia di samping kami anak-anak dan cucu-cucu. Kami sayang abah slalu.

Tuesday, 20 May 2014

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.

Thursday, 15 May 2014

MOTHERS DAY

As-Salam...

Mothers day aritu tak wat pape pun. Juz makan-makan kat warong abah je. Even mak dah takde, tapi still leh celebrate untuk kakak and kakak ipar.

Hari-hari pun hari ibu. Tapi tak salah kalo kite specifickan 1 hari special untuk golongan ibu kan. Bukan celebrate sempena mengikut ajaran sesetengah agama pun. Bende ni bergantung pada niat sebenarnya. So terpulang la pada hak masing-masing untuk meraikannya atau tak.

Aku, abah and kakyang meniaga cam biasa. Hari Ahad tu masing-masing bawak makanan masing-masing kat warung. Nyah la paling banyak bawak lauk. Kakyang masak kari ikan kat kedai. Acu bawak kerang untuk bakar, ikan bakar pun ade gak, kaklong bawak air and sosej untuk bakar, abah plak gi cari pucuk-pucuk kayu, rebus wat ulam.



Sronok bile skali skala dapat makan ramai-ramai camni. Lauk simple pun jadi sedap. Tambah bile makan berebut-rebut.



Lepas makan yop plak beli aiskrim dalam tupperware tu makan dengan roti gardenia. Sempena mothers day, nak beli kek masing-masing poket kering. So beli aiskrim pun ok. Bujet kek aiskrim la konon.hahaha...



So kepada kakak-kakak, kakak ipar and semua ibu-ibu di dunia selamat menyambut hari ibu. Tanpa ibu takkan lahirlah anak-anak di muka bumi ini.

Pada yang masih punya ibu hargai mereka selagi mereka masih ade. Doa ema untuk mak moga mak berada di syurga. Aamiin... Ema sayang mak selama-lamanya.






Tuesday, 13 May 2014

SEGMEN BLOGGER AKTIF

Salam .
Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free .
yang paling penting blogger's friendship <3 insyallah


klik banner untuk join the community :D 

good luck !


Wednesday, 7 May 2014

CHIFFON FLOWY SKIRT

As-Salam...

Semalam gi keje pakai flowy skirt. Memang teruja nak pakai sebab sebelum ni tak penah pakai. Tapi tak tau nak pakai dengan baju ape. Last-last tringat kemeja kaler dark blue. Pakai la dengan kemeja tu.

Skirt ni Nina yang bagi hadiah birthday. Tapi aku tau sah die beli untuk die sniri tapi tak leh pakai sebab singkat. Thats why bagi aku.hahahaha... Untung anak buah besor-besor. Mane tak leh pakai dapat kat maksu.



Cantik kot bile dah pakai. Terbang beralun je bile di tiup angin. Wah gitu. Rasenye pasni cam nak beli lagi banyak-banyak kaler. Aku pun memang ade pasang niat cam nak kurangkan pakai seluar. Nanti nak tanye Nina mane die beli. Tak pun aku gi cari kat mane ade jual. K bye. Nak cite tu jek.hehehehe...