BITTERSWEET OF MY LIFE - Takdir Allah itu terlalu misteri. Kadang-kadang sesuatu itu terjadi tanpa kita sedari. Redhalah kerana setiap apa yang berlaku adalah rancangan terbaik dariNya.
Tuesday, 24 April 2012
Sunday, 22 April 2012
I'M BACK
As-Salam...
Dah terlalu lame rasenye blog ni terbiar without new entry. Kesian je tengok blog ni terbiar sepi. Bukan tak bukak blog, bukak je. Tapi keadaan tak mengizinkan untuk aku mengupdate entry yang baru. Otak tepu and buntu nak bercerita. Banyak je story nak share. Tapi bile nak start trus blur, at last tersimpan rapi la sume cerita tu. Mesti ade sebab nape sume ni jadi kan. Biasalah, manusia tak penah lari dari masalahkan. Ada ke manusia yang tak punya masalah? Rasenye sume bermasalah. Jangan mengeluh dengan ape yang jadi. Aku sniri pun dalam usaha memuhasabahkan diri dengan ape yang jadi. Kalo tak buat macam ni memang akan terus-terusan menyalahkan keadaan dengan ape yang jadi. Kan dah jatuh berdosa tu.
Kadang2 bila ujian menimpa diri, kita cepat mengeluh and mengalah. Kita seolah-olah menyalahkan takdir atas ujian yang menimpa. Tapi sedarkah kita bahawa ujian itu hadir untuk menguatkan kita, untuk meningkatkan keimanan kita, untuk menguji ketabahan kita and kerana kasihnya Allah pada kita. Sekalipun hati luka parah, percayalah Allah ada penawarnya.
Hari ni tiba-tiba mood nak update new entry datang. Padahal takde story pun nak cerita. Takpe la, merepek je la ape-ape yang boleh d repekkan.hehehe... Asal berfaedah and berguna d mase hadapan kire ok la tu kan. Dalam mase-mase d timpa musibah and d uji dengan dugaan oleh Allah, aku rajin la bukak page-page yang boleh bagi aku sumber inspirasi and blog-blog yang boleh buat aku bersemangat untuk menghadapi hari2 mendatang. Banyak gak la kata-kata semangat yang aku dapat. Memang berguna sangat-sangat untuk aku melawan rasa yang tak sepatutnya ada dalam diri aku ini.
Carilah hikmah dalam setiap ketentuan Allah, supaya timbul kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang payah pasti ada kesenangan, setiap kesabaran pasti ada ganjaran. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada apa yang dapat menghalang. Namun jika sesuatu itu memang ditakdirkan bukan untuk kita pasti takkan dimiliki walau sudah berada dalam genggaman. Takdir Allah itu terlalu misteri. Kadang-kadang sesuatu itu terjadi tanpa kita sedari. Redhalah kerana setiap yang berlaku adalah rancangan yang terbaik dariNya.
Semoga dengan ape yang jadi akan mengajar aku untuk jadi lebih kuat and tabah mengharungi hari-hari mendatang. Semua yang jadi ni bersebab, things happen with a reason. Lepas ni insyaAllah blog ni akan slalu di update. Even bukan everyday, tapi aku akan make sure ade cerita baru yang akan aku share.
Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang. Lalu diberi olehNya cubaan kehilangan. Allah juga menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan. Tetapi kita tertunduk berlinangan airmata saat impian kecundang. Percayalah, walau ditarik nikmat yang ada, Dia sedang mengatur sesuatu yang lebih indah dan berharga.
Subscribe to:
Posts (Atom)