Wednesday 25 February 2015

GIBRALTAR BSN FIRST ANNUAL DINNER

As-Salam...

Rase cam rugi je bile aku dah start menulis blog but suddenly aku tak update blog ni. So jom la kite mulakan balik aktiviti mengupdate blog ni. Ikutkan start awal tahun aritu dah banyak dah aktiviti yang aku leh share kat sini. Tapi tah la tak tau kenapa aku ni malas sangat.

Awal tahun aritu 16/2/2015 company buat first annual dinner after take over by another company which is from US. Ikutkan dah dua tahun aku tak merasa annual dinner. Company takde bujet ke or dorang kedekut ke aku pun tak tau. So sronok la bile dengar this year ade dinner. Excited bukan maen siap dah pikir nak pakai baju ape. Tema plak senang, Oscar Night. So ko pakai je la dress ape pun kire dah ikut tema. Tapi kalo rase nak dapat award for best dress kene la dress up lebih lagi kan. Aku jenis malu nak dress up lebih-lebih. Janji kene tema sudah.

Sampai je kat Sime Darby Convention Centre, kitorang register then mingle around kt luar dulu sebab hall tak bukak lagi. Minum and makan makanan ringan yang disediakan. Amik gamba kat stage yang ade. Bagus jugak sambil tunggu hall bukak dapat la borak-borak dengan staff HQ, staff dari branch laen. Can build rapport among us.


Nampak tak aku kat belakang tu tengah beratur nak register.



Sambil tunggu hall bukak jom la kasi pose depan mini stage and atas red carpet. Mase ni bos tah ke mana hilang pun tak tau. Bos-bos sure la berkumpul antara bos-bos kan. So dapat la snap gamba kami bertiga je.

Dalam pukul 7 hall bukak then trus cari table masing-masing. Kami branch staff dapat 1 table yang same. Tapi malangnya table kami jauh ke belakang. Takpe la senang nak keluar masuk nak ke tandas ke nak jawap fon ke kan.

Dah dapat meja acara pun start. Biasa la bile dinner mesti didahulukan dengan ucapan orang-orang besar. Kami kat table takde la mendengar sangat. Sebok makan. Lepas ucapan dari orang-orang besar company ade la acara selingan, performance, competition and lucky draw. Aku sampai la abis majlis nombor tak naek-naek. Tapi takpe at least aku dapat award, long service award. Tak la long pun, baru 6 tahun. Alhamdulillah.


Selesai event dalam pukul 11 lebih. Kene cepat-cepat keluar sebab bus dah menunggu kat luar. If lambat nanti kene balik sniri. Malam tu branch staff sume tido kat hotel yang disediakan. Puas ati dapat makan free and dapat award yang tak disangka. So tido lena la malam tu. Ok tu je ringkasan untuk dinner company this year. Hope next year ade lagi. Aamiin....

Wednesday 17 December 2014

LIPS CHOCOLICIOUS

As-Salam...

Lame blog ni senyap tanpa entry baru. Ikutkan banyak je cite nak share. Tapi malas nak menaip tu melampau-lampau. Oleh sebab itu, kite kasi warming up bagi aura-aura malas tu hilang sikit-sikit. Meh nak share story pasal coklat.

Lips Chocolicious ni menjual produk coklat homemade pelbagai jenis and rupa. Sesuai untuk pelbagai jenis majlis and perayaan contohnya untuk dijadikan hantaran majlis pertunangan or bole jugak jadikan souvenir majlis kahwin. Boringkan asek-asek bagi bunga telor je. So this time kite tukar kasi coklat homemade. 

Coklat form Lips Chocolicious ni pun kalo nak makan gitu-gitu pun bole je. Sesuai la kalo lepak-lepak tengok tv sambil ngap coklat ni. Jangan kate budak-budak je suka,  orang dewasa pun sure suke la.

Meh tengok gamba mane la rope coklat homemade Lips Chocolicious ni.



Cantik kan. Belom lagi rase. So kalo nak tengok banyak lagi design and bentuk coklat from Lips Chocolicious korang bole cari page dorang kat FB. Kat sane korang bole dapatkan detail produk and camne nak order coklat.

Wednesday 26 November 2014

KEPUTUSAN UPSR 2014

As-Salam...

Tahun ni 3 orang anak buah yang amik UPSR, Arin, Ifan, and Eceh.

Semalam result keluar kami masing-masing anak beranak kecoh la kat whatsapp family nak tau update dari mak pak yang anak amik UPSR.

Alhamdulillah keputusan dorang sume ok. Paling excellent Ifan 5A, Arin 3A2B and Eceh lulus. Keputusan Ifan dah di jangka sebab minggu sebelum tu Hari Anugerah Cemerlang die dapat Anugerah Pelajar terbaik and Anugerah Tokoh Kokurikulum. So dah nampak dah sinar kejayaan di situ.hehehehe...

Apa-apa pun congratulation untuk anak-anak buah aku. Tak kesah la result excellent ke tak ke. Yang penting you guys dah buat yang terbaek untuk family and yang penting skali untuk diri sniri. Baru UPSR. Jauh lagi perjalanan hidup korang. So teruskan usaha untuk yang akan datang. Moga lebih baek.


Thursday 13 November 2014

KEMBALIKAN MOOD ITU

As-Salam...

Ya Allah lame nye aku tak up entry kat blog ni. Malas bermaharajalela. Aku tak tau la sama ade blog aku ni ade reader ke tak. Kalo ade mintak maaf la lame tak berblog. Kalo takde biar la aku perasan sniri konon-konon ramai reader yang baca blog aku ni.hahaha...

InsyaAllah aku akan cari mood menulis aku yang dah lame hilang tu. Ikutkan banyak bende aku nak cerita. Pasal tempat makan best, tempat lepak baru, aktiviti-aktiviti yang aku buat. Tapi sume nye lost sebab malas.

Tunggu ek aku akan datang balik dengan entry-entry best. Bye...

Wednesday 30 July 2014

PHOTO DIARI RAYA : 1 SYAWAL

As-Salam...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kaum muslimin dan muslimat. Sedeh bile Ramadhan dah berlalu pergi meninggalkan kite. Harap tahun depan dapat la berjumpa lagi and dapat tingkatkan lagi amal ibadat. Semoga hari biasa pun akan berterusan melakukan amal ibadat same macam di bulan Ramadhan. InsyaAllah.  Aamiin...

Gambar sekitar hari raya pertama. Tak banyak sangat snap gamba sebab sebok yang teramat melayan tetamu.


Sebelum ke surau kasi snap 1 pic dulu.


Ni lepas solat sunat aidilfitri kat surau belakang rumah. Sempat la bergambar dengan Ustaz Halim Din. Jiran depan rumah. Bangga sebab ade anak kampung yang berjaya and boleh berbakti dekat kampung plak.



Lepas solat raya Nina nak balik kampung Kakcho. Ikutkan memang dorang beraya sane tahun ni. Tapi lepas berbuka Kakcho dah tak larat nak balik kampung die. So dorang decide balik lepas solat raya.


Ni pic mase tengah free takde tetamu. Tahun ni cam kureng sikit orang yang datang. And kitorang pun tak berjalan ke rumah jiran-jiran pun. Rugi nye la rase. Aku raya ke-3 dah kene keje. So tak cukup korum yang laen-laen pun malas nak beraya.

Malam takde buat ape. So end cerita raya pertama.

Monday 21 July 2014

IFTAR KELAM KABUT

As-Salam...

Tajuk kelakor plak aku rase. Ate aku pun dah tak tau nak letak tajuk ape. So ni yang aku rase sesuai dengan entry kali ni.

Kisahnya camni. Last Friday aku balik keje macam biasa la. Masak nasi and bancuh air teh o, then tunggu abah bawak lauk dari masjid. For your info aku kalo keje memang tak masak. Lebih kurang pukul 7 Nyah kol ajak buka luar sebab katenye nak hantar Nyah Li dialisis masuk pukul 8. Memang kelam kabut. Pukul 7 baru nak bagitau. Abah plak mase tu belom balik lagi. Abah sampai uma dalam 7.15 trus suruh abah tukar baju sebab Nyah ajak buka kat luar.

Dah la dengan tak booking mane-mane kedai makan. Konon maen redah je. Memang sume fully booked la. Kitorang mase tu masing-masing berbuka dalam kereta sementara cari kedai makan yang available. Last-last decide makan kat Restoran Nasi Ayam Hainan je. Tu pun mase tu dah penuh. Dah alang-alang pukul 8 kan, tunggu je la sebab sure jap lagi ade yang dah setel makan. Dapat je table trus order and sementara tu gi Magrib dulu.

Tapi ok la jugak kitorang makan lewat sikit. Perut tak terkejut and boleh makan dengan relax sebab dah siap Magrib.




Ni je gambar yang sempat aku snap. Gambar makanan takde. Dah lapar kate.hehehe... K la. Tu je nak cerita. Bye.

Wednesday 16 July 2014

FIRST ATTEMPT MASAK NASI LEMAK

As-Salam...

Lahai masak nasi lemak pun nak cerita ke. Harus cerita sebab ni first time aku buat nasi lemak.

Bulan-bulan puasa ni tekak ni manja sangat. Macam-macam yang mengidam. Tapi rasenya kalo bukan bulan puasa pun same gak tekak ni mengidam macam-macam.hehehe... Kali ni aku tringin sangat nak makan nasi lemak sambal sotong. So semalam cuti bole la masak. Itu pun pukul 2 baru nak cari sotong and santan. Bahan-bahan laen takde hal sebab kat rumah pun ade. So ke tesco la kite mencari sotong sebab kedai biasa sure dah takde.

Elok tengah beli barang Acu plak kol ajak buka kat luar. Adoi.. Dah la dah lame mengidam nak nasi lemak sotong. Skali ajak makan luar plak. Tak kesah la. Hasrat nak masak nasi lemak di teruskan. So pas Asar aku start masak nasi lemak.

Kejap je masak nasi lemak ni. Setel masak aku mandi siap nak gi berbuka. Nasi lemak tu simpan untuk sahur nanti. Tapi aku punya tak sabar nak makan nasi lemak tu sebelum tidur pekena sepinggan sebab takut sahur tak sedar. Kang rugi and meleleh air liur aku dok tringat nasi lemak sambal sotong.

Ok nak tengok tak nasi lemak yang aku masak. Tadaaaaaaa.....



Ni la rupe nasi lemak sambal sotong aku masak. Menarik tak?? Bangga bile abah makan tambah sampai dua kali sahur tadi. Alhamdulillah.... Mission accomplished!