Wednesday 25 February 2015

GIBRALTAR BSN FIRST ANNUAL DINNER

As-Salam...

Rase cam rugi je bile aku dah start menulis blog but suddenly aku tak update blog ni. So jom la kite mulakan balik aktiviti mengupdate blog ni. Ikutkan start awal tahun aritu dah banyak dah aktiviti yang aku leh share kat sini. Tapi tah la tak tau kenapa aku ni malas sangat.

Awal tahun aritu 16/2/2015 company buat first annual dinner after take over by another company which is from US. Ikutkan dah dua tahun aku tak merasa annual dinner. Company takde bujet ke or dorang kedekut ke aku pun tak tau. So sronok la bile dengar this year ade dinner. Excited bukan maen siap dah pikir nak pakai baju ape. Tema plak senang, Oscar Night. So ko pakai je la dress ape pun kire dah ikut tema. Tapi kalo rase nak dapat award for best dress kene la dress up lebih lagi kan. Aku jenis malu nak dress up lebih-lebih. Janji kene tema sudah.

Sampai je kat Sime Darby Convention Centre, kitorang register then mingle around kt luar dulu sebab hall tak bukak lagi. Minum and makan makanan ringan yang disediakan. Amik gamba kat stage yang ade. Bagus jugak sambil tunggu hall bukak dapat la borak-borak dengan staff HQ, staff dari branch laen. Can build rapport among us.


Nampak tak aku kat belakang tu tengah beratur nak register.



Sambil tunggu hall bukak jom la kasi pose depan mini stage and atas red carpet. Mase ni bos tah ke mana hilang pun tak tau. Bos-bos sure la berkumpul antara bos-bos kan. So dapat la snap gamba kami bertiga je.

Dalam pukul 7 hall bukak then trus cari table masing-masing. Kami branch staff dapat 1 table yang same. Tapi malangnya table kami jauh ke belakang. Takpe la senang nak keluar masuk nak ke tandas ke nak jawap fon ke kan.

Dah dapat meja acara pun start. Biasa la bile dinner mesti didahulukan dengan ucapan orang-orang besar. Kami kat table takde la mendengar sangat. Sebok makan. Lepas ucapan dari orang-orang besar company ade la acara selingan, performance, competition and lucky draw. Aku sampai la abis majlis nombor tak naek-naek. Tapi takpe at least aku dapat award, long service award. Tak la long pun, baru 6 tahun. Alhamdulillah.


Selesai event dalam pukul 11 lebih. Kene cepat-cepat keluar sebab bus dah menunggu kat luar. If lambat nanti kene balik sniri. Malam tu branch staff sume tido kat hotel yang disediakan. Puas ati dapat makan free and dapat award yang tak disangka. So tido lena la malam tu. Ok tu je ringkasan untuk dinner company this year. Hope next year ade lagi. Aamiin....