Tuesday 26 March 2013

MAIN LAYANG-LAYANG @ PANTAI MORIB


As-Salam..

Aku ni suke sangat kalo dapat lepak-lepak kat tepi pantai tengok laut. Orang kate kalo tengok ciptaan Allah ni boleh dapat pahala. Tapi memang trase tenang bila kite tengok ciptaan Allah ni.

Gi Morib ingat just nak minum and makan ringan-ringan sambil lepak tepi laut. Skali tengok ramai plak budak-budak maen layang-layang. Cam best je kan. Kebetulan dalam kete Kak Lin memang ade simpan layang-layang. Pas je minum ABC and makan laksa and otak-otak trus maen layang-layang. First time aku naekkan layang-layang. Tepi laut mampu la nak naekkan sebab angin kuatkan.










Lebih kurang sejam dok tarik lepas layang-layang kitorang pun gerak balik. Tak lalu la nak berjemur. Mane tak nye, datang tengahari. Memang la kan. Takpe next time kite datang lagi and datang time yang sesuai. Anyway sangat best dapat lepak tepi pantai tengok laut. Such a theraphy for me.

p/s: Sowi la sebab gambar sedikit berterabur.  Tak reti update guna tab.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday 25 March 2013

BERWINDOW SHOPPING DI SETIA CITY MALL


As-Salam...

Dah lame tringin nak ke Setia City Mall ni sebab slalu tengok kawan-kawan update status and gambar kat FB. Cam best je kan tengok dorang lepak kat sini. So aritu gi rumah Kak Lin request kat die suh bawak gi sane.




Memang besar la shopping kompleks ni. Tapi tak la sebesar OU. Rasenye OU memang tak leh ditandingi. Walau tak sebesar OU tp banyak gak la butik best-best. Antaranya H&M, Nichi, Mango, Padini, FOS. Laen-laen yang lagi branded banyak gak la. Aku mampu masuk Padini ngan FOS je la.hahaha..




Kebetulan mase aku datang ade plak sale. Heavennye rase. Bole la shopping sambil berjimat cermat.hahaha.. Aku rembat 1 sluar sebab stock sluar memang dah takde sejak badan membesar ni. Baju pun rembat 1 je. Takde yang menarik kat mata aku. Elok la tu. Die suh aku menyimpan la tu gamaknye.hahaha..








Sebelum balik kitorang gi makan dulu. Kang pengsan plak tak makan dari pagi. Next time nak ajak Kak Lin datang sini lagi la. So jom simpan duit banyak-banyak.

Published with Blogger-droid v2.0.9



Saturday 16 March 2013

ONE MILLION WOMEN PURPLE WALK 2013


As-Salam...

Pagi-pagi lagi aku dah bangun nak gi event ni. Actually event ni nak buat last week seluruh Malaysia, tapi postponed sebab menghormati kejadian yang berlaku kat Lahad Datu. Tu yang buat minggu ni. Event ni buat sempena Women's Day.

Dah janji ngan besties jumpe kat Sekolah Izzudin kul 730pagi. Aku gerak skali ngan Wati. Shajar and Syue gerak asing-asing. Punye ramainye umat manusia. Dari mane datang pun tak tau. Semua dok pakai kaler purple. Haruslah kan dah name event pun Purple Walk.

Lepas register ramai-ramai berarak ke Padang Polo. Memang happening ramai-ramai berarak sambil kibar bendera. Aku ngan besties dah sampai Padang Polo trus lepak kat bawah pokok. Tak gi pun sampai depan kat stage. Weols malas.hehe.. Pas lepak-lepak and nyanyi-nyanyi lagu patriotik kitorang pun balik. Tak tunggu pun lucky draw. Tak kuasa nak tunggu. Lame sangat berucap. Perut pun dah kriuk-kriuk kan. Ade la sikit gamba. So layan...








Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday 6 March 2013

WORDLESS WEDNESDAY 060313



As-Salam...

Bak kate pepatah orang tua-tua, tak jumpa rotan akar pun jadi. So kate pepatah orang muda plak, tak jumpa coklat choki-choki pun bole la.hahahahaha....

Published with Blogger-droid v2.0.9