As-Salam...
Banyak sangat cerita aku dah kumpul ni. Maklum la cuti lame so banyak la bende yang aku buat mase cuti. Nak update kat rumah takde PC. Pakai tab tak best sebab gamba tak boleh nak susun. So tunggu masuk ofis baru leh update. Opsss kantoi update blog kat ofis.
Now aku nak cerita pasal kejadian hari Ahad dua minggu lepas. Pagi tu bangun agak lambat sikit. Abah trus ajak gi breakfast kat luar. Aku on je sebab tak yah la nak masak-masak. Bertuah punya anak.
Slalu pagi-pagi kitorang suke makan kat kedai roti canai Ejam. Tapi kali ni macam nak tukar plak. Tiap-tiap minggu makan roti canai jemu gak. So gi makan kat Temiang. Sane macam-macam ade. Aku order kuetiau goreng, abah kuetiau kari and Linda nasi lemak. Sebelom tu pekena gak roti canai sekeping share tiga orang.hahaha...
Balik rumah kelam kabut iron baju and mandi sebab Syu dah roger ajak gi knuri kawin. Tak sangka la plak die nak gi awal. Naseb la aku bukan jenis yang bersiap berjam-jam. Mandi cepat-cepat, touch up sikit skali die pun sampai. Kene la die tunggu kjap aku pakai tudung. Sampai-sampai rumah pengantin awal gile tapi nasib la majlis dah start. So ade la yang dah makan cume malangnye mase kitorang sampai pengantin takde. Pengantin pegi mekap. Bole? Disebabkan banyak lagi hal pas je makan kitorang cabut tak tunggu pun pengantin. Ate lambat beno pun.hehehe..
Sebelum balik singgah kejap kat Mc'D area Jusco sebab Syu janji dengan someone nak amik barang yang die beli online. Janji tunggu kat Petronas tapi cam lame plak nak tunggu so better lepak Mc'D jap. Alahai sebelah je pun so takde hal la.
Balik rumah solat zohor, konon nak baring-baring sementara tunggu Wan balik. Syu nak anta servis kete kat Wan. Wan plak takde rumah. Skali anak buah aku call ajak gi Sungai Jahang nak kutip batu sungai untuk letak atas kubur mak. So tak sempat la nak baring-baring. Pas je solat trus gi rumah Wan and tinggalkan je kete Syu kat rumah die. Bagi kunci kete kat mak Wan and mesej die.
Sungai Jahang ni kat area Gopeng. Sungai ni la yang orang slalu maen water rafting tu. Tapi atas lagi la.Yang aku nak gi ni kat belah bawah je. Air kat sungai ni bersih and jernih. View memang cantik. Aku memang suke la tempat ni. Nak mandi sungai ni memang best tapi kalo nak berenang tak sesuai la sebab banyak batu. Kalo nak mandi korang kene la bawak cebok a.k.a gayung. Segar badan bile kene air sungai yang sejuk ni. Tapi mase pegi kali ni aku tak mandi pun juz datang nak kutip batu je.
Nampak tak betapa jernih and bersih nye air sungai ni. Memang feveret aku la kalo lepak tempat yang camni. Rase tenang sangat. Kalo rase serabut and kusut automatik trus ilang. Kul 7 sampai rumah then siap-siap nak ke majlis konvo tadika Baby plak. Gile pack jadual aku aritu. Cite skali la kat sini. Malas aku nak buat part by part.
Majlis konvo Baby buat kat Hotel Seri Malaysia. Kemaen ko buat kat hotel. Zaman aku dulu mane ade buat kat hotel. Buat je la kat sekolah ko tu. Konon majlis start kul 8, kelam kabut kitorang yang baru balik dari Sungai Jahang ni bersiap. Skali sampai sane mak ai lame nor nak tunggu VIP sampai. Rase nye kul 9 jugak la start. Slaen majlis penyampaian hadiah and sijil ade gak pesembahan. Baby masuk nasyid jadi solo uolz. Terkejut tengok die perform. Takde malu-malu. Relax je die perform siap tak salah step.
Kul 11 gak la majlis setel. Budak-budak sume dah lintang pukang. Yang mak bapak budak plak perut dah kriuk-kriuk. Mane tak nye sume tak dinner lagi. Pas makan kitorang balik. Kesian kat abah la die dah ngantuk. Aku naseb la esok nye dah start cuti.huhuhu..