Thursday, 24 May 2012

CAMERON HIGHLAND WITH LOVE - (kejadian ketiga - Stesen MARDI Cameron Highland, Taman Agroteknologi)

As-Salam...



Nak sambung lagi story pasal jalan-jalan ke CH.  Wah banyak betul nak sembang pasal gi CH kan.  Kalah telenovela kat dalam tv tu.hehehehe...  Kali ni nak story plak kejadian yang berlaku kat Stesen  MARDI Cameron Highland, Taman Agroteknologi.  Mak ai panjang tul namenye.

Tempat ni memang best and highly recommended kat korang.  Nak tau sebab pe aku cakap cam tu.  Sebabnye kat Taman Agroteknologi ni semua ade dalam 1 tempat.  Strawberi farm ade, ladang teh ade, kebun sayur ade, kebun buah ade, senang cite all in 1 la.  Tak payah pening kepala dok pikir mane nak cari sume tempat ni.



Mula-mula kene la dapatkan tiket kat kaunter depan.  Orang dewasa RM3 je and kanak-kanak RM1.50.  Ok kan harga die kalo nak dibandingkan dengan korang gi buang mase nak cari sume tempat-tempat yang ade kat dalam ni kat luar sane.






Macam-macam jenis pokok bunga ade kat sini. Ros, daisy, bunga matahari, lavender and banyak lagi la.  Warna-warni sumenye.  Sejuk mata memandang and automatik rase serabut kat kepala sume ilang.  Kan best kalo duduk trus kat sini.  Nyaman je...








Pokok buah-buahan and sayur-sayuran pun ade.  Segar-segar je sumenye.  Geram sangat tengok.  Rase nak petik and makan je kat situ.  Tambah tengok daun-daun salad ni.  Kat dalam Taman Agroteknologi ni ade gak kawasan tanam herba-herba masakan.  Macam-macam jenis herba ade cam basil, thyme, origano.  Bukan senang nak dapat tengok herba-herba ni secara asli.  Slalunye dapat tengok dah siap packaging dalam botol.  Excited ramas daun-daun herba bagi bau die lekat kat tangan sebab nak bau secara live.


Bunny pun ade kat sini.  Banyak gak la lebih dari 20 ekor.  Kitorang siap bagi makan lagi.  Tapi dari luar je la sebab kandang die kunci.  So far yang aku nampak bunny je la binatang yang ade kat sini.  Kandang burung ade, tapi burungnye takde pun.  Dah terbang la kot.hehehe...

Lepas solat asar baru kitorang kuar dari Taman Agroteknologi ni.  Dun worry kemudahan cam toilet and surau ade dorang provide kat sini.  So senang la kalo nak lepak kat sini dari pagi sampai ke petang pun takde hal.  Kedai-kedai souvenir and jual produk-produk CH cam teh, sayur,jem strawberi pun ade jual kat sini.  Memang senang la kalo datang sini.

Sampai sini je la entry kali ni.  Nanti kite sambung lagi pasal tempat laen kat CH.  Ingat dah abis ek.  Jangan tak tau, ade lagi yang lom cite.  So sabar la tunggu next entry k.

...to be continue...

Wednesday, 23 May 2012

BISMILLAH...

BISMILLAH adalah sebutan atau nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIRROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1.  Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.  Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2.  BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.  Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam (Hadith Qudsi).

3.  Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4.  Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5.  Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.  Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir: 30).  Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari'.

7.  Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya'.

8.  Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9.  Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10.  Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11.  Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

12.  Ustaz Dato Ismail Kamus pernah berpesan dalam siri ceramahnya: 'Jika kamu ingin dipermudahkan segala perkerjaan dan dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki, bacalah oleh kamu akan Bismillahi Rohmani Rohim sebanyak 201 kali selepas Solat Subuh. InsyaAllah'.

BULAN REJAB BULAN ALLAH

As-Salam...

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:  Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku.  Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Ade banyak kebaikan dan kelebihan yang kita boleh dapat sekiranya kita memanfaatkan bulan Rejab.  Jom same-same kita hayati kebaikan dan kelebihan beribadat di bulan Rejab.  Yang ni aku baca dari blog kakak kepada kawan aku.  Sila klik sini http://radenanum.blogspot.com/2012/05/rejab.html .

Monday, 21 May 2012

CAMERON HIGHLAND WITH LOVE (kejadian kedua - The Lakehouse)

As-Salam...

Ni adalah kesinambungan entry yang lepas.  Saja nak wat banyak-banyak episod.  Penat la kalo nak cite sume skali dalam 1 entry.  Tak menang jari nak mnaip nanti.  Another reason, saje wat korang rase tak sabar nak tunggu entry seterusnya.hehehe...



Wah kat mane ni??  Cantik kan??  Ni la die Lakehouse Cameron Highland, antara resort exclusive yang ade kat CH ni.  Memang cantik sangat resort ni.  Bilik die pun sume cantik-cantik and exclusive sume nye.  More info klik kat sini http://www.lakehouse-cameron.com/ . Kitorang tak stay kat sini pun.  Saje singgah sebab nak tengok view kat sini and snap 2 3 keping gambar.  Boleh kan wat perangai.hehehe...  InsyaAllah 1 day ade rezeki kitorang akan stay kat sini.



...to be continue...

Sunday, 20 May 2012

CAMERON HIGHLAND WITH LOVE (kejadian pertama - Batu 14)

As-Salam...

Selepas beberapa minggu baru nak update story pasal gi Cameron Highland (CH) itu hari.  Sorry agak lambat mengupdate story tentang kejadian-kejadian yang berlaku di CH.  Ini kerana gambar-gambar sekitar hari kejadian ade pada anak buah and kakak ipar.  So kene tunggu mereka-mereka ni upload di FB dan kemudian baru la dapat aku sedut.

Kejadian berlaku pada 12/5/2012, mangsa-mangsa yang terlibat ialah aku, kakak ipar aku and 2 orang anak buah Nina and Linda.  Ajak kakak gi same, tapi die tak nak pulak.  Kate nye nanti pening and muntah-muntah.  Mak pun tak nak ikut sebab die kate tak larat nak ikut kitorang yang kuat berjalan ni.  So dari Ipoh drive thru ke Tapah aku berdua je la ngan Linda.  Amik K.Cho and Nina kat Tapah then baru la bermula pengembaraan kami.


Sebelom sampai ke CH, kitorang singgah kat tempat wajib brenti which is Batu 14 untuk mengisi tank perut.hehehe...  Aku actually dah makan kat rumah so juz order air je kononnye kenyang lagi.  Nasi lemak tu pun tumpang Nina punya.  Sedap tau nasi lemak tu.  Nyesal tak order gak.

Selain ade gerai-gerai makan and kraftangan, kat sini ade air terjun yang cantik sangat.  Tempat wajib untuk amik gambar.  Nama air terjun ni Lata Iskandar.  Kalo dapat mandi memang best sebab air die sejuk sangat-sangat.  Tapi tujuan utama kami bukan la untuk mandi-manda kat sini.



Dah puas amik gambar and celop-celop kaki and tangan, kitorang singgah jap kedai mak kawan K.Cho.  Tak best la plak dah sampai sini tak tegor orang kenal kan.  Makcik ni die jual barang2 kraftangan and ade gak jual jagung rebus.  Tapi kitorang tak beli pape pun.  Sebab dah kenyang kan, so rase nak membeli tu kurang la sikit.  Sambil-sambil K.Cho dok borak ngan makcik tu, kitorang sempat la snap gambar.  Nak wat camne dah hobi nye bergambar kan.  Makan sudah, amik gamba kat air terjun sudah, tego orang kenal pun sudah.  So ape lagi.....sambung le pjalanan ke CH.  Ala tak jauh dah.  Tinggal brape batu je lagi.

...to be continue...

Tuesday, 15 May 2012

TANDA HIDUP TAK BERKAT

As-Salam...

Hari ni mulanya tak nak update blog dengan cerita yang panjang lebar.  Konon wordless wednesday kate.  So ingat nak letak gambar je la.  Biar gamba menceritakan segalanya.  Cewah...bukan maen lagi kan.  Tapi pagi ni terbaca satu link kat FB pasal tanda-tanda hidup kita ni tak berkat.  So rase baek manfaatkan dengan share kat sape-sape yang baca blog aku ni(ade ke orang baca blog aku??).hehehe...  So ape lagi, jom la kite same-same baca and amik iktibar darinya.

Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan k...ita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bankrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga.

Monday, 14 May 2012

CAMERON HIGHLAND TEASER

As-Salam...

Sharing some photos during last week activities with my love one...



...to be continue....