Monday, 15 April 2013

SAMBUNG MAKAN LAGI KAT PERLIS

As-Salam...

Punye la lame nak update cite yang seterusnya. Ape punya malas la. Kejadian mase 2 minggu sudah tak abis lagi update. Pas beli soya aku cite pasal makan kat Dato Sagor kan. Ok actually pas makan kat Dato Sagor kitorang amik Ija and then trus ke Perlis. Yolah sangat Perlis. Padahal kat Manjoi je makan laksa Perlis. Kat sini laksa and cucur die memang terbaek la. Ikutkan dah banyak kali datang tapi tutup. Kitorang salah time.huhu.. So kebetulan mase kitorang kuar hari Sabtu so kedai tu pun bukak, ape lagi cepat-cepat la ke sana.

For your info, kedai ni bukak setiap hari kecuali Ahad. Bermula pukul 430pm sampai la makanan habis. Kedai ni kat Manjoi. Kalo tau pusat penjaja, dari situ masuk lorong belah kanan. Dari situ dah nampak dah signboard. Dun wori takkan sesat sebab banyak gak signboard die.

Sampai-sampai trus order. Of coz la laksa and cucur. Memang tu je yang ade.hahaha.. Tapi memang sedap. Kalo tak pcaye pegi la try. Skali try mesti nak lagi.

Puas hati dapat makan laksa kat sini. Dah banyak kali datang tapi asek hampa je. Puas makan and bercamwhore kitorang pun balik dengan hati yang riang gumbira. Opsss...lupe nak cakap. Sebelum balik sempat tapau 2 set cucur tiap sorang. Dasyatkan. Dah makan tapau lagi. Eh ni untuk orang rumah la.hehehe...

Gambar agak berterabur as update guna tab. Tak reti lagi nak update or memang tak bole nak update guna tab and gambar di susun cantik-cantik ikut turutan.







Thursday, 4 April 2013

MAKAN-MAKAN AT DATO SAGOR

As-Salam...

Entry ni sambungan kepada entry sebelum ni.  Tunggu Ija lame sangat and kitorang pun dah kebulur tahap dewa dewi.  Soya pun tak mampu cover tahap lapor kitorang ni.  So decide gi makan kat Medan Selera Dato Sagor je la.  Takde pape yang special pun kat sini.  Tapi kalo hari bekerja memang ramai la yang makan kat sini.  Bank and pejabat-pejabat kerajaan memang banyak area sini.  Tapi mase aku and Syue pegi tak ramai orang pun sebab Sabtu.

Aku nak makan mee kantonis sebab kaklong aku penah cakap mee kantonis kat 1 kedai ni sedap.  Aku pun lupe ape name kedai nye.  Laen-laen yang sedap nasi goreng udang and nasi goreng seafood.  Syue plak order sizzling mee.  Bile sampai je makanan frust plak aku sebab die wat kan aku kuetiau kantonis.  Mintak laen dapat laen.  Tapi licin gak aku makan sebab lapor.  Sizzling die tak sedap.  Mungkin pakcik ni belom khatam blaja masak sizzling kot.


Nampak menarikkan makanan kitorang.  Takat nak makan bagi ilang lapor and malas nak bekejar ke tempat jauh bole la.  So sekian dari aku yang melaporkan.hahaha...

Wednesday, 3 April 2013

FUNNY MOUNTAIN SOYA BEAN

As-Salam...

Aku sniri tak paham nape name kedai air soya ni camni.  Ape yang funny pun tak tau.  Or actually dorang nak cakap bile minum air soya tu akan jadi happy kot.  Tapi dah salah guna perkataan tu.  Ntah la.  Yang pasti kedai air soya ni memang famous kat Ipoh ni.  Artis pun ramai gak yang datang.  Mostly artis cina la.  Mane aku tau ape name nye tapi rupe kenal.  Ala yang dalam rancangan 8TV hochak....hochak...tu.

Mase ni tak plan pun nak ke sini.  Tengah tunggu Ija from KL.  Katenye dah sampai Simpang Pulai.  So sementara tunggu die on the way ke pekan aku and Syue tapau la dulu air soya and tau fu fah.  Alas perut yang tengah lapor.huhuhu...

Aku ni memang suke air soya and tau fu fah ni.  Rase air soya die ade laen sikit la dari air soya yang slalu aku minum.  Tapi tak tau nak describe camne.  Gi la korang rase sniri.  Rase tau fu fah tu plak lebih kurang je ngan yang laen-laen.  Cume aku tak puas ati sebab die bagi sikit.  Kat kedai laen leh dapat penuh tupperware.  Ni separuh je.  So conclusion, nak beli air bole, tapi nak beli tau fu fah gi la kedai laen.hehehe...


Tuesday, 26 March 2013

MAIN LAYANG-LAYANG @ PANTAI MORIB


As-Salam..

Aku ni suke sangat kalo dapat lepak-lepak kat tepi pantai tengok laut. Orang kate kalo tengok ciptaan Allah ni boleh dapat pahala. Tapi memang trase tenang bila kite tengok ciptaan Allah ni.

Gi Morib ingat just nak minum and makan ringan-ringan sambil lepak tepi laut. Skali tengok ramai plak budak-budak maen layang-layang. Cam best je kan. Kebetulan dalam kete Kak Lin memang ade simpan layang-layang. Pas je minum ABC and makan laksa and otak-otak trus maen layang-layang. First time aku naekkan layang-layang. Tepi laut mampu la nak naekkan sebab angin kuatkan.










Lebih kurang sejam dok tarik lepas layang-layang kitorang pun gerak balik. Tak lalu la nak berjemur. Mane tak nye, datang tengahari. Memang la kan. Takpe next time kite datang lagi and datang time yang sesuai. Anyway sangat best dapat lepak tepi pantai tengok laut. Such a theraphy for me.

p/s: Sowi la sebab gambar sedikit berterabur.  Tak reti update guna tab.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, 25 March 2013

BERWINDOW SHOPPING DI SETIA CITY MALL


As-Salam...

Dah lame tringin nak ke Setia City Mall ni sebab slalu tengok kawan-kawan update status and gambar kat FB. Cam best je kan tengok dorang lepak kat sini. So aritu gi rumah Kak Lin request kat die suh bawak gi sane.




Memang besar la shopping kompleks ni. Tapi tak la sebesar OU. Rasenye OU memang tak leh ditandingi. Walau tak sebesar OU tp banyak gak la butik best-best. Antaranya H&M, Nichi, Mango, Padini, FOS. Laen-laen yang lagi branded banyak gak la. Aku mampu masuk Padini ngan FOS je la.hahaha..




Kebetulan mase aku datang ade plak sale. Heavennye rase. Bole la shopping sambil berjimat cermat.hahaha.. Aku rembat 1 sluar sebab stock sluar memang dah takde sejak badan membesar ni. Baju pun rembat 1 je. Takde yang menarik kat mata aku. Elok la tu. Die suh aku menyimpan la tu gamaknye.hahaha..








Sebelum balik kitorang gi makan dulu. Kang pengsan plak tak makan dari pagi. Next time nak ajak Kak Lin datang sini lagi la. So jom simpan duit banyak-banyak.

Published with Blogger-droid v2.0.9



Saturday, 16 March 2013

ONE MILLION WOMEN PURPLE WALK 2013


As-Salam...

Pagi-pagi lagi aku dah bangun nak gi event ni. Actually event ni nak buat last week seluruh Malaysia, tapi postponed sebab menghormati kejadian yang berlaku kat Lahad Datu. Tu yang buat minggu ni. Event ni buat sempena Women's Day.

Dah janji ngan besties jumpe kat Sekolah Izzudin kul 730pagi. Aku gerak skali ngan Wati. Shajar and Syue gerak asing-asing. Punye ramainye umat manusia. Dari mane datang pun tak tau. Semua dok pakai kaler purple. Haruslah kan dah name event pun Purple Walk.

Lepas register ramai-ramai berarak ke Padang Polo. Memang happening ramai-ramai berarak sambil kibar bendera. Aku ngan besties dah sampai Padang Polo trus lepak kat bawah pokok. Tak gi pun sampai depan kat stage. Weols malas.hehe.. Pas lepak-lepak and nyanyi-nyanyi lagu patriotik kitorang pun balik. Tak tunggu pun lucky draw. Tak kuasa nak tunggu. Lame sangat berucap. Perut pun dah kriuk-kriuk kan. Ade la sikit gamba. So layan...








Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, 6 March 2013

WORDLESS WEDNESDAY 060313



As-Salam...

Bak kate pepatah orang tua-tua, tak jumpa rotan akar pun jadi. So kate pepatah orang muda plak, tak jumpa coklat choki-choki pun bole la.hahahahaha....

Published with Blogger-droid v2.0.9