As-Salam...
CH sangat sinonim dengan strawberi. Sebab tempat laen memang takkan jumpe orang tanam strawberi walaupun skang ni kat Genting Highland pun dah bole dapat. Memang la. Tapi asalnye hanya di CH je bole jumpe orang tanam strawberi. Slalu nye bile ke CH kite mesti trus tuju strawberi farm orang cina punya. Sebab dorang punya farm senang nampak. Kat tepi-tepi jalan besar je. Tapi jangan tak tau, ade juga pengusaha melayu yang mengusahakan strawberi farm ni. Nape kite tak notice? Sebab kawasan orang melayu ni kene masuk dalam sikit.
Kampung Taman Sedia ni mrupakan kampung penempatan pertama orang melayu. Menurut sejarah, name kampung diberi sebab dulunye kawasan tu mrupakan kawasan taman orang bunian yang sangat cantik. Oleh sebab taman ni dah tersedia dari dulu, so trus la dorang decide untuk letak name Kampung Taman Sedia.
Mase kat Kampung Taman Sedia ni aku pergi 2 buah strawberi farm. First, Taman Agro Al-Mashoor. Datang sini semata-mata nak makan scones sebab orang kate scones kat sini best sangat. Memang best la pun. Rugi kalo datang sini tak try makan scones ni. Harga die pun ok. 1 set just RM12 which is tea for 2 person and scones 4 ketul. Kalo makan 2 orang pun tak abis. Kitorang beli 1 set makan 4 orang.
The next place is YZ Agro Farm. Mase ni actually dah kuar dah dari kawasan Kampung Taman Sedia ni. Leh lupa nak beli strawberi. Di sebabkan tadi dah gi Al-Mashoor Farm, so kali ni saje la gi farm yang laen plak. Kebetulan nampak farm ni dari luar cam familiar je. Memang farm ni sangat di cari-cari. Nak tau sebab pe?? Sebab sini la ade beberapa scene dalam Vanila coklat dorang shoot. So datang sini konon nak feeling-feeling cam Zara Aishah. Pelissssss la.......hehehe...
Ha!!!! Nampak tak signboard kat belakang tu. Memang feeling jadi Zara la sekejap kan. So sape-sape yang ade plan nak datang CH, jangan lupe letak YZ Agro Farm as the most wanted place to visit. Cewah tolong promote plak.hehehe...
...to be continue...