Sunday, 20 May 2012

CAMERON HIGHLAND WITH LOVE (kejadian pertama - Batu 14)

As-Salam...

Selepas beberapa minggu baru nak update story pasal gi Cameron Highland (CH) itu hari.  Sorry agak lambat mengupdate story tentang kejadian-kejadian yang berlaku di CH.  Ini kerana gambar-gambar sekitar hari kejadian ade pada anak buah and kakak ipar.  So kene tunggu mereka-mereka ni upload di FB dan kemudian baru la dapat aku sedut.

Kejadian berlaku pada 12/5/2012, mangsa-mangsa yang terlibat ialah aku, kakak ipar aku and 2 orang anak buah Nina and Linda.  Ajak kakak gi same, tapi die tak nak pulak.  Kate nye nanti pening and muntah-muntah.  Mak pun tak nak ikut sebab die kate tak larat nak ikut kitorang yang kuat berjalan ni.  So dari Ipoh drive thru ke Tapah aku berdua je la ngan Linda.  Amik K.Cho and Nina kat Tapah then baru la bermula pengembaraan kami.


Sebelom sampai ke CH, kitorang singgah kat tempat wajib brenti which is Batu 14 untuk mengisi tank perut.hehehe...  Aku actually dah makan kat rumah so juz order air je kononnye kenyang lagi.  Nasi lemak tu pun tumpang Nina punya.  Sedap tau nasi lemak tu.  Nyesal tak order gak.

Selain ade gerai-gerai makan and kraftangan, kat sini ade air terjun yang cantik sangat.  Tempat wajib untuk amik gambar.  Nama air terjun ni Lata Iskandar.  Kalo dapat mandi memang best sebab air die sejuk sangat-sangat.  Tapi tujuan utama kami bukan la untuk mandi-manda kat sini.



Dah puas amik gambar and celop-celop kaki and tangan, kitorang singgah jap kedai mak kawan K.Cho.  Tak best la plak dah sampai sini tak tegor orang kenal kan.  Makcik ni die jual barang2 kraftangan and ade gak jual jagung rebus.  Tapi kitorang tak beli pape pun.  Sebab dah kenyang kan, so rase nak membeli tu kurang la sikit.  Sambil-sambil K.Cho dok borak ngan makcik tu, kitorang sempat la snap gambar.  Nak wat camne dah hobi nye bergambar kan.  Makan sudah, amik gamba kat air terjun sudah, tego orang kenal pun sudah.  So ape lagi.....sambung le pjalanan ke CH.  Ala tak jauh dah.  Tinggal brape batu je lagi.

...to be continue...

Tuesday, 15 May 2012

TANDA HIDUP TAK BERKAT

As-Salam...

Hari ni mulanya tak nak update blog dengan cerita yang panjang lebar.  Konon wordless wednesday kate.  So ingat nak letak gambar je la.  Biar gamba menceritakan segalanya.  Cewah...bukan maen lagi kan.  Tapi pagi ni terbaca satu link kat FB pasal tanda-tanda hidup kita ni tak berkat.  So rase baek manfaatkan dengan share kat sape-sape yang baca blog aku ni(ade ke orang baca blog aku??).hehehe...  So ape lagi, jom la kite same-same baca and amik iktibar darinya.

Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan k...ita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bankrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga.

Monday, 14 May 2012

CAMERON HIGHLAND TEASER

As-Salam...

Sharing some photos during last week activities with my love one...



...to be continue....

Monday, 7 May 2012

LEPAKING WITH IJA

As-Salam...

Kali ni nak tunjuk gambar-gambar dulu pastu baru nak story.




Bukan maen lagi kan kami-kami b'gambar depan poster yang hebat ni.  Dah gaya cam model sambilan plak.  Wah gitew...mampu ko nak jadi model brand berkenaan??  Berangan je la jadi model untuk brand ni.  Korang rase cantik tak gambar-gambar kitorang.  Tak kesah la kalo korang kate tak cantik pun janji aku suke.  Cantik kot gambar ni.  Tu yang masing-masing letak jadi profile pic kat FB.hehehe...

Last week lepak kat Aeon Station 18 dengan Ija.  Saje je jalan-jalan cuci mata sambil gi lepak makan-makan and gossip gurls.  Lame tak lepak dengan Ija and kebetulan Ija balik weekend lepas tu yang ajak hang out same.  Ija pun lom penah lagi sampai kat Aeon, so elok sangat la tu kan.





Kami tak shoping sangat pun sebab bukan itu tujuan utama kami kemari.  Gi chatime beli air then trus ke secret recipe lepak makan slice of kek for each and fries.  Naek muntah nak habiskan fries yang large tu.  Tapi habis gak atas berkat usaha kami menghabiskan nye.  Banyak sangat story yang kuar sampai tak sedar fries yang banyak tu dah abis.hehehe...  Selesai di secret recipe kami ke Padini sekejap untuk cuci mata.  Aku konon nak beli belt, tapi takde yang mnarik.  Ija plak nak beli shades, dah pilih tapi tu stok yang last and kod untuk item tu plak leh ilang.  So staff kat situ tak leh nak cari yang baru kat dalam stor.  Menyirap je kan.  Dah la hangin dengan incident antara kami2 and guard.  Pastu barang yang nak takde plak.

So kami pulang after Ija beli sikit barang kat Watson.  Nak kate bad day pun tak la sangat.  Hepi je kami dapat lepak same-same.  Cume incident dengan guard tu mencacatkan sikit la pjalanan story kami hari itu.hehehe....  Moral of the story kalo nak minum chatime make sure after masuk Padini or butik pakaian laen ataupun minum je la sampai abis.

Tuesday, 1 May 2012

AKTIVITI FEVERET KAMI

As-Salam...

Sempena Mena tengah cuti midterm break ni, kami kawan2 telah set a gathering last week.  FYI Mena skang ni further study wat DPLI kat Johor.  Ija of coz tak leh nak join kitorang sebab die brade di KL.  Shajar pun tak leh nak join sebab die ade class petang semalam.  And Ida tak leh tinggalkan kedai sebab takde staff leh cover die.  Tinggallah kami-kami je Syu, Mena, Wati and aku.  Sorry guys.  We still have to make it even uolz not with us.  Next time kite try buat sampai sume ade ek.

So lepas keje masing-masing trus tuju ke tempat yang di janjikan.  Kitorang choose Greentown Dimsum as per recommended by me sebab tak penah lepak dengan kawan-kawan kat sini.  Aku nak kawan-kawan aku rase makanan kat sini yang aku rase ok la not bad.  Lagi plak kat sini makanan ala chinese style.  Susah nak dapat makanan cina yang halal.  So kat sini insyaAllah boleh makan tanpa was.

Tak yah cakap banyak.  Jom layan gamba lagi senang.



Wati and Syu pilih makanan yang same.  Name menu ni tak ingat la.  Tapi datang skali dengan wantan sup.  Yang ni aku penah makan.  Even simple tapi sedap.
 


Yang ni aku yang punya.  Salah pilih la.  Sebab aku rase kurang sedap sikit.  Takpe la.  Kene la try menu laen-laen so baru la tau yang mane ok and yang mane kurang ok.  Next time gi jangan order yang ni dah.


Yang ni Mena punya.  Tak ingat gak ape name nye.  Tapi name glamer nasi ni nasi manja.  Nak tau sebab pe panggil cam tu?  Sebab nye sebelom makan and tengah panas-panas kene kacau telor kat atas nasi tu pelan2 bagi rata dengan nasi.  Aku lupe nak rase nasi ni so tak tau la ok ke tak.


Menu tambahan dimsum yang di buat dari sayur bayam.  Kat dalam ade isi ayam and daun saderi.  Sedap sangat.


Menu tambahan yang ke-2.  Dalam die isi ayam gak.  Yang ni pun sedap.


Air teh cina ni dapat free.  Syu salah order air.  Tapi tokeh die cakap takpe la air ni die blanje.  Tokeh die cakap elok minum pas makan sebab leh cuci minyak2 yang sangkut kat kerongkong.  Tapi kitorang minum sikit je.  Bese la.  Tekak ni nak minum yang sedap2 je.  Air-air tawar ni susah nak telan padahal elok untuk kesihatan.







Last but not least haruslah ade gambar sume skali.  Sanggup suh abang waiter ni amik kan.  Thanks to abang waiter.  Next time kite wat makan-makan camni lagi ek.  Ajak yang laen-laen same and try makan kat tempat laen plak.

Sunday, 22 April 2012

I'M BACK

As-Salam...

Dah terlalu lame rasenye blog ni terbiar without new entry.  Kesian je tengok blog ni terbiar sepi.  Bukan tak bukak blog, bukak je.  Tapi keadaan tak mengizinkan untuk aku mengupdate entry yang baru.  Otak tepu and buntu nak bercerita.  Banyak je story nak share.  Tapi bile nak start trus blur, at last tersimpan rapi la sume cerita tu.  Mesti ade sebab nape sume ni jadi kan.  Biasalah, manusia tak penah lari dari masalahkan.  Ada ke manusia yang tak punya masalah?  Rasenye sume bermasalah.  Jangan mengeluh dengan ape yang jadi.  Aku sniri pun dalam usaha memuhasabahkan diri dengan ape yang jadi.  Kalo tak buat macam ni memang akan terus-terusan menyalahkan keadaan dengan ape yang jadi.  Kan dah jatuh berdosa tu.

Kadang2 bila ujian menimpa diri, kita cepat mengeluh and mengalah.  Kita seolah-olah menyalahkan takdir atas ujian yang menimpa.  Tapi sedarkah kita bahawa ujian itu hadir untuk menguatkan kita, untuk meningkatkan keimanan kita, untuk menguji ketabahan kita and kerana kasihnya Allah pada kita.  Sekalipun hati luka parah, percayalah Allah ada penawarnya.

Hari ni tiba-tiba mood nak update new entry datang.  Padahal takde story pun nak cerita.  Takpe la, merepek je la ape-ape yang boleh d repekkan.hehehe...  Asal berfaedah and berguna d mase hadapan kire ok la tu kan. Dalam mase-mase d timpa musibah and d uji dengan dugaan oleh Allah, aku rajin la bukak page-page yang boleh bagi aku sumber inspirasi and blog-blog yang boleh buat aku bersemangat untuk menghadapi hari2 mendatang.  Banyak gak la kata-kata semangat yang aku dapat.  Memang berguna sangat-sangat untuk aku melawan rasa yang tak sepatutnya ada dalam diri aku ini.

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan Allah, supaya timbul kesabaran dan kesyukuran.  Setiap yang payah pasti ada kesenangan, setiap kesabaran pasti ada ganjaran.  Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada apa yang dapat menghalang.  Namun jika sesuatu itu memang ditakdirkan bukan untuk kita pasti takkan dimiliki walau sudah berada dalam genggaman.  Takdir Allah itu terlalu misteri.  Kadang-kadang sesuatu itu terjadi tanpa kita sedari.  Redhalah kerana setiap yang berlaku adalah rancangan yang terbaik dariNya.

Semoga dengan ape yang jadi akan mengajar aku untuk jadi lebih kuat and tabah mengharungi hari-hari mendatang.  Semua yang jadi ni bersebab, things happen with a reason.  Lepas ni insyaAllah blog ni akan slalu di update.  Even bukan everyday, tapi aku akan make sure ade cerita baru yang akan aku share.

Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang.  Lalu diberi olehNya cubaan kehilangan.  Allah juga menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan.  Tetapi kita tertunduk berlinangan airmata saat impian kecundang.  Percayalah, walau ditarik nikmat yang ada, Dia sedang mengatur sesuatu yang lebih indah dan berharga.