Tuesday, 20 May 2014

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.

Thursday, 15 May 2014

MOTHERS DAY

As-Salam...

Mothers day aritu tak wat pape pun. Juz makan-makan kat warong abah je. Even mak dah takde, tapi still leh celebrate untuk kakak and kakak ipar.

Hari-hari pun hari ibu. Tapi tak salah kalo kite specifickan 1 hari special untuk golongan ibu kan. Bukan celebrate sempena mengikut ajaran sesetengah agama pun. Bende ni bergantung pada niat sebenarnya. So terpulang la pada hak masing-masing untuk meraikannya atau tak.

Aku, abah and kakyang meniaga cam biasa. Hari Ahad tu masing-masing bawak makanan masing-masing kat warung. Nyah la paling banyak bawak lauk. Kakyang masak kari ikan kat kedai. Acu bawak kerang untuk bakar, ikan bakar pun ade gak, kaklong bawak air and sosej untuk bakar, abah plak gi cari pucuk-pucuk kayu, rebus wat ulam.



Sronok bile skali skala dapat makan ramai-ramai camni. Lauk simple pun jadi sedap. Tambah bile makan berebut-rebut.



Lepas makan yop plak beli aiskrim dalam tupperware tu makan dengan roti gardenia. Sempena mothers day, nak beli kek masing-masing poket kering. So beli aiskrim pun ok. Bujet kek aiskrim la konon.hahaha...



So kepada kakak-kakak, kakak ipar and semua ibu-ibu di dunia selamat menyambut hari ibu. Tanpa ibu takkan lahirlah anak-anak di muka bumi ini.

Pada yang masih punya ibu hargai mereka selagi mereka masih ade. Doa ema untuk mak moga mak berada di syurga. Aamiin... Ema sayang mak selama-lamanya.






Tuesday, 13 May 2014

SEGMEN BLOGGER AKTIF

Salam .
Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free .
yang paling penting blogger's friendship <3 insyallah


klik banner untuk join the community :D 

good luck !


Wednesday, 7 May 2014

CHIFFON FLOWY SKIRT

As-Salam...

Semalam gi keje pakai flowy skirt. Memang teruja nak pakai sebab sebelum ni tak penah pakai. Tapi tak tau nak pakai dengan baju ape. Last-last tringat kemeja kaler dark blue. Pakai la dengan kemeja tu.

Skirt ni Nina yang bagi hadiah birthday. Tapi aku tau sah die beli untuk die sniri tapi tak leh pakai sebab singkat. Thats why bagi aku.hahahaha... Untung anak buah besor-besor. Mane tak leh pakai dapat kat maksu.



Cantik kot bile dah pakai. Terbang beralun je bile di tiup angin. Wah gitu. Rasenye pasni cam nak beli lagi banyak-banyak kaler. Aku pun memang ade pasang niat cam nak kurangkan pakai seluar. Nanti nak tanye Nina mane die beli. Tak pun aku gi cari kat mane ade jual. K bye. Nak cite tu jek.hehehehe...

Friday, 25 April 2014

GCB WITH LOVE

As-Salam...

Meh nak update cite basi kat sini.  

Last week kaklong ajak lunch same. Dah lame rasenye kitorang tak lunch sesame. Skali acu pun nak join katenye. Lagi best la kan. Tak penah lunch together-gether ngan adik bradik. Kali ni dapat lunch skali. Kire best la. I mean lunch time keje la.

Ikut tekak aku nak makan nasi. Tapi kaklong plak ajak Mc'D. Tak kesah la, janji perut isi.


Tiap kali lunch ngan kaklong sure kaklong la yang blanje. I kan adik. hehehehe... Mula-mula aku nak set spicy chicken mc'deluxe. Skali kaklong cakap ade GCB. So tukar sume amik GCB sebab GCB bukan slalu ade kan.



Di sebabkan lunch ari biasa so tak leh lepak lame-lame. Setel makan, dah abis borak, selfie jap pastu balik ofis masing-masing. Tu je site untuk entry kali ni.

Tuesday, 15 April 2014

EIGHTMILES8 - BURGER BANJIR

As-Salam...

Hari tu citer pasal celebrate birthday kat EightMiles8 makan burger banjir kan. So meh sini nak citer pasal kedai makan ni. Sure ramai yang nak tau menu special kat sini and kat mane kedai ni kan.

Aku pun tak penah tau pasal kedai ni. Sampai la Wati ajak konon-konon die tringin sebab kawan die gi makan kat sini. Poyo jek. Padahal sume tu auta je. Nak surprise kat aku trus wat cerita. Kedai ni Syue yang jumpe sebenarnya. Kawan die crew kedai ni.

Meh sini nak bagitau kedai ni kat mane. Kedai ni kat area Ulu Kinta jalan nak ke Tanjung Rambutan. Tapi belom sampai Tanjung Rambutan belok kanan. Kalo nak senang cari je Institut Perguruan Ulu Kinta. Kedai tu dekat-dekat situ je. Tepi jalan je senang nak cari.


Special menu kat sini of coz la burger banjir kan. Actually burger yang dorang buat tu burger biasa. Juz dorang siram kan burger tu dengan mushroom campur black pepper gravy. Ok la kan laen dari yang laen. Menu laen ade gak chicken chop, lamb chop and banyak lagi la. Senang citer sume western food la. Tapi yang laen-laen tak try pun. Maybe next time akan repeat datang sini lagi.




Nampak tak burger tu. Menarik kan. Memang licin siap lap-lap gravy tu ngan roti burger tu. Prangai tak snonoh.hahaha...


Air yang ade daun-daun tu memang sedap giler. Namenye bittersweat. Air to campuran aiskrim soda, asam boi, lemon, daun pudina, serai and laici. Syue sampai order 2 gelas.

Harga sangat la berpatutan. Mase kitorang gi bayar macam tak pcaye harga murah cam tu. Normally kalo burger special camni harga mesti belas-belas. Tapi yang ni harga bawah RM10.

 

Dorang masak sume kat depan. Style cam open kitchen tu. Cube tengok abang yang berdiri tegak siap senang diri tu. Muka die ade iras Azan Ruffedge kan.hehehe...



So korang boleh la datang Eightmiles8 kalo nak try burger banjir tu. Bagi aku sedap la. Tak rugi pun kalo gi try.

Sunday, 13 April 2014

SURPRISE LAGI!!!!!

As-Salam...

Alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk hidup di muka bumi ni untuk yang ke 28tahun. MasyaAllah tak sangka dah 28tahun aku skang ni. Alhamdulillah Allah kurniakan aku badan yang sihat, cukup makan and pakai, family and kawan-kawan yang baek. Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah....

Hari isnin 7/4/2014 Wati wassap cakap teringin nak makan burger banjir kawan die rekemen katenye. Aku pun on kan je sebab kami-kami ni memang tekak suke makan. Tambah kalo dapat tau ade tempat baru and menu laen dari laen. Trus tanye yang laen-laen tak nak pegi ke. Wati kate yang laen-laen tak dapat. Aku tak la pelik sangat sebab hari bekerja kan.   Syue maybe penat, Shajar and Ida kan jaga kedai.

Tempat nak gi makan ni jauh gak la nun kat Ulu Kinta tu. Bile sampai kat tempat tu aku tak expect pun kedai die cam kedai-kedai makan biasa tepi-tepi jalan tu. Tapi gempak la sebab wat western je. Ni gambar ehsan dari FB.



Orang ramai gak la. Masuk dalam tu aku tengok Wati menonong je masuk kat dalam, padahal aku tengok dalam sume dah penuh. Slumber die gi kat 1 table ni yang ade sorang pompuan. Rupe-rupenya si Syue. Poyo gile kate tak join skali ade rupenye.

Order makan pastu borak-borak, gelak-gelak.


Nampak tak sume air tu. Nampak menarik kan. Air yang ade daun-daun tu memang sedap. Bittersweet namenya. Nanti aku wat entry special pasal kedai burger ni.




Masing-masing dah dapat burger masing-masing sronok bukan maen.

Dah kenyang makan si Syue ni gi order air lagi. Yang aku cam dah nak balik.Bukan pe sebab pikir dorang kan sok keje. Aku mase tu cuti takde hal la. Dalam tengah-tengah borak si Syue ni sebok dengan fon. Aku ingat Bad. Eh Bad marah ke Syue kuar malam-malam. Tak penah plak die marah kalo kitorang kuar. Trus Syue borak kat luar. Aku siap wat muka cam bertanya kat Wati, die angkat bahu je means tak tau. Skali datang dari belakang aku si Shajar. OMG surprise apekah ini. Aku tau malam tu bithday aku. Tak sangka dorang nak makan-makan dengan aku. Ingat Wati sorang je nak makan-makan sempena birthday aku. Rupenya yang laen-laen pun ade.

Borak lagi sambil tunggu Shajar makan. Lapar katenye. Kesian kawan aku ni balik keje trus datang kat kitorang.

Elok tengah borak-borak and aku plak tengah sebok tengok gambar dalam tab tak prasaan budak yang keje kat kedai tu bawak kek. Yang klakar nye budak tu siap patah balik belakang sebab lilin padam aku bole tak prasan.hahahaha... Bile dorang nyanyi baru la nampak kek tu. Ya Allah surprise nye sampai rase nak nangis. Malu pun ade sebab ramai orang kat situ. Ya Allah speechless nye lahai tak tau nak kate ape.



Korang memang terbaik la planning sume ni. Terharu iolz. Sayang sangat-sangat kat uolz my besties dunia and akhirat. InsyaAllah..aamiin...

Pukul brape tak ingat gerak balik, itu pun Syue ajak lepak KTM lagi. Ikutkan mata dah rabak dah. Tapi tak baek menghampakan kawan-kawan. Weekdays pun ramai orang lepak KTM. Ingat weekend je. Skang ni siap ade orang sewa rollerblade. Best tul tengok. Rase nak maen gak tapi mase tu dah lewat. Kang kul brape nak balik. Leka tengok orang maen rollerblade Shajar and Ida pun sampai. Ida trus tabur bedak kat aku. Sampai hati wat surprise camni. Beria la kol mase kat kedai makan tadi cakap tak dapat join sebab still kat Kampar tak tutup kedai lagi. Alih-alih dah sampai Ipoh.


Mandi bedak aku malam tu. Untung pakai bedak. Kalo dorang pakai tepung memang naya la aku.


Wati sronok menambah bedak kat muka aku.


Unfair kalo aku sorang je tepung gomak kan. Kate BFF kene la same tepung gomak. Aku siap kejar sorang-sorang. Wati la kesian sampai terjatuh die.

Penat bekejar makan plak aiskrim Ida bawak. Ya Allah bertuahnya rase ade kawan-kawan camni.


Kesimpulan, malam tu memang best and aku sangat-sangat appreciate dengan ape yang kawan-kawan aku dah buat. Sayang sangat ngan dorang ni. Dorang la kawan aku dunia akhirat. 

Dalam pada aku happy and sronok dengan kawan-kawan, hati ni tetap ingat pada yang dirindui slalu...arwah mak Alang Sariah Binti Megat Mat Isa. Trima kasih yang tak terhingga mak sebab lahirkan ema and besarkan ema. Ape yang ema buat untuk mak takkan mampu untuk membalas jasa mak. Hanya Allah je yang mampu membalas. Mak ema rindu mak sangat...:'( Moga Allah tempatkan mak di syurga and moga mak bahagia and tenang di sana. Aamiin.... Al-Fatihah....