As-Salam...
Tuhan aku tahu banyak dosaku...
Hanya ingat Kamu kala dukaku...
Ya Allah... Ampunkanlah dosa hambamu ini. Sesungguhnya aku hanya insan biasa yang tak lari dari melakukan dosa samada sedar atau pun tak. Bila di timpa susah cam skang ni baru la aku ingat nak kembali padaMu. Macam lirik lagu kat atas tu. Ohhh... Berdosanya aku. Ya Allah ampunkanlah aku.
Bertimpa2 masalah yang aku hadapi berkaitan dengan kerja. Bukan sekadar masalah kerja, hal2 yang tak berkaitan dengan kerja pun same gak. Sume bermasalah. Stress sangat rase nye. Mase2 stress and susah camni la baru aku ingat Allah, baru la nak mintak pertolongan dari Dia, baru la aku rase amat memerlukan Dia and barulah aku sedar bahawa aku hanya insan hina. Sangat la terukku rasekan diri ini. Ya Allah ku mohon ampun skali lagi padaMu...
Aku sedar sume dugaan ni adalah untuk kejutkan aku dari lenaku. Untuk sedarkan aku dari di ulit mimpi2 indah. Untuk bukakan pintu hatiku ini untuk kembali padaMu tak kira dimana saja and bila2 masa. Aku tau sesungguhnya Kau masih menyayangiku kerana Kau beri aku sedikit pengajaran supaya aku kembali ingat padaMu.
Ya Allah semoga segala masalah yang aku hadapi sekarang ini akan dapat aku selesaikan secepat mungkin. Dan semoga Kau permudahkan segala urusan kerjaku, lancarkan hari2ku yang sentiasa berdepan dengan segala macam perangai manusia, kuatkan semangatku untuk terus mencari rezekiMu yang halal. Semoga segala yang berlaku padaku akan menjadi pengajaran kepadaku agar tidak terus melupakanMu dan sentiasa bersyukur dengan ape yang Kau berikan. Amin2 Ya Rabbalalamin...
No comments:
Post a Comment