As-Salam...
Asek update entry makan je kan. Nak wat camne. Family aku ni memang aktiviti femes nye makan je. Makan menyatukan kami semua. Wah gitu. InsyaAllah next time akan buat aktiviti laen plak selaen dari makan. Dah la family beso, pastu ahlinye pun beso-beso belake disebabkan asek makan jek.
Minggu lepas aktiviti makan-makan lagi. Buat di rumah Sri Kinta. Yang ni Cho yang berhajat. Memang every year die akan buat makan-makan kat rumah panggil sume adik beradik kumpul and buat sikit doa selamat. So this year pun same la kaedahnye. Bezanya kite buat tahlil and bacaan yasin untuk arwah mak :'(.
Kebetulan ari Jumaat cuti Thaipusam. So ari jumaat aku, Nyah and Kakyang siapkan bahan-bahan untuk masak ari Sabtu. Kupas bawang-bawang, potong sayur-sayur, siang sotong and ketam, kopek udang. Senang la kan nanti nak masak tinggal campak je bahan.
Ari Sabtu awal-awal pagi kitorang dah sedia nak masak. Menu banyak gak la nak masak. Tomyam seafood, kailan ikan masin, paprik ayam, ikan bakar and siakap sweet sour, ulam-ulam and sambal tempoyak and sambal belacan. Sume tu kitorang yang masak and ketua masak of coz Kakyang. Bakar membakar and stim ikan chef nye Acu and Kak Ask. Sronok bile sume tungkus lumus masak same-same kat dapur. Riuh rendah rumah.
Yang pakai tudung hitam tu la ketua chef nye. Kakyang kalo bab masak-masak lauk memang teror. Mase ni tengah nak buat siakap sweet sour. Yang kt bawah ni plak tengah prepare untuk siakap stim.
Nampak tak ikan yang beso sangat tu. Ikan ni Acu yang pancing. Memang beso gile la ikan die dapat. Telo die kitorang goreng and makan sambil masak. Ya Allah sedap gile. Aku ni memang suke makan telo ikan. Berebut-rebut sume nak telo ikan tu. Merasa la sikit sorang. Jangan tak merasa. Kang jenuh nak cari batu belah batu bertangkup plak.hahahaha...
Tukang buat air. Nina sampai lambat. Masak-masak dah nak siap so tugas die kene la bancuh air.
Buah-buahan sposored by Kak Nani. Banyak gile buah Kak Nani bawak. Yang nampak tembikai je. Ade lagi buah pisang and oren. Elok la makan buah banyak-banyak. Bagi lawas sikit lepas makan lauk banyak-banyak nanti.hehehe...
Dalam orang tengah-tengah sebok prepare makanan yang paling tua ni sebok maen gasing dengan anak buah. Bujet die dulu jaguh maen gasing. So nak tunjuk la kehebatan kat anak buah.
Makanan dah siap hidang kat depan. Meriah betul tengok makanan semua. Perut masing-masing dah bekeroncong. Tak sabo nak sambar lauk pauk sume tu. Ape-ape pun kite baca doa dulu sebelum makan. Cho dah setel baca doa selamat semua berebut-rebut ke meja makan. Padahal masak banyak gile. Ape nak risau. Takkan abis ne sume makanan tu. Biasa la bile dah ramai kan. Sronok berebut-rebut ni.
Sesi makan sampai ke petang nak ke magrib. Dah macam knuri pun ade. Anak sdare aku tibe-tibe ajak kawan-kawan plak makan. Abang aku pun same ajak kawan datang. Tak kesah la sebab makanan pun memang banyak. Tapi jiran-jiran aku cam pelik la sebab ramai gile kat rumah aku dah cam knuri tapi tak ajak dorang.hehehe.. Tapi jiran sebelah wajib anta makan. So dorang tau la yang kitorang wat makan adik bradik je.
Dah setel sume makan kemas-kemas pinggan mangkuk sebab malam ade lagi acara. Kang aku cite kat next entry plak ek. Surprise......... K la penat dah menaip. Nanti korang tunggu la next entry plak ek.