As-Salam...
Semalam lepas keje trus ke Jakel dengan Shajar. Bukan nak shoping tuk raya. Dah pose ke 24 takkan shopping kaen tuk raya kot. Laen la kalo ko tukang jahit. Sempat la nak jahit baju sniri. Tapi kitorang nak shoping kaen untuk wedding Ija nanti. Kami-kami the besties plan pakai baju sedondon mase reception Ija nanti. Wah kelas ko Jah. Happening tak dapat BFF cam kitorang ni.
Sampai kat Jakel trus cari Kak Nurul. Actually sebelom ni kitorang dah survey dah kaen-kaen kat sini and dah pilih dah pun kaen mane yang kitorang nak. Ni datang juz nak amik kaen yang dah di booking and bayar je. Beli time raya haruslah dapat harga promotion raya kan.
Lega bila dah setel kaen untuk wedding Ija. Tinggal nak tempah jahit je lagi. Hurm nak buat fesyen ape ek baju ni nanti. Tak sabar nak pakai same-same dengan besties yang laen. Giler teruja....
No comments:
Post a Comment