Monday 6 August 2012

JEJAK SEJARAH AT KELLIE'S CASTLE

As-Salam...


Tak penah pun terfikir untuk datang tempat ni.  Walaupun tempat nye quite cantik, tapi tah la memang tak masuk dalam senarai pun untuk lawat tempat ni.  Tapi disebabkan Kak Lin ade kat Ipoh, and die ni plak memang kaki sejarah, so aku bawak la die gi sini.  Dah banyak kali dah Kak Lin ajak.  Kali ni tak nak la hampakan prasaan orang yang datang jauh ni.hehehe...


Kellie's Castle telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith.  Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India.  Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.  Kellie's Castle dibina sebagai lambang cinta kepada isterinya, Agnes tetapi gagal disiapkan kerana kematian Smith.






Orang kate bangunan ni ade penunggu.  Ade yang cakap penah nampak roh William Kellie Smith merayau-rayau di koridor Istana.  Sebab tu la aku tak nak gi sini.  Mase masuk dalam bangunan ni meremang gak bulu roma, especially mase lalu kat laluan misteri.  Tapi takde la pape yang jadi.  Ala niat datang sini bukan nak wat bende tak elok.  Niat datang sini nak tengok bangunan yang cantik and nak tau sejarah bangunan ni.


Kalo nak tau sejarah and banyak lagi cerita pasal Kellie's Castle, baca la dekat link yang ade ni.



2 comments:

  1. terima kasih kerana sudi bawa saya ke sini yerr..lps ni kita ke pasir salak,muzium,kuala kangsar dan taiping..ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah kalo d beri ksempatan oleh Allah...tp kuala kgsar dh gi kan...

      Delete