Sunday, 13 January 2013

JOM MAKAN CAPATI

As-Salam...

Dalam kepala serabut-serabut pikir pasal audit, aktiviti berjimba dengan kawan-kawan tak leh di lepaskan. Malam semalam Wati jemput datang makan capati kat rumah die. Mane leh tolak kalo di jemput datang makan kan. Tambah plak makan capati homemade.  Slalu makan capati kat kedai mamak je.

Kat rumah Wati bukan just makan je, sempat gak la kitorang try menebar capati kat atas kuali. Tapi mak Wati dah siap uli-uli jadi bulat cantik la. Sampai kat tangan kitorang trus jadi hancur. Memang lawak gile. Gelak besar kitorang kat dapur mase tu.

Kitorang try tebar skali je. Tak sanggup nak menghodohkan rupa capati tu lagi. Lagi pun dah tak sabar nak ngap capati yang dah siap. Memanggil-manggil je die.hahaha... Makan plak ngan kari ayam and sayur bayam hancur. Pergh memang terangkat la. Sampai 3 keping makan. Tak penah di buat makan capati sampai 3 keping.hahaha..

Thanx Wati and makcik sebab jemput kitorang datang rumah makan capati. Capati makcik memang terbaek dari ladang la. Nanti jemput la kitorang datang makan lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Post a Comment